Saturday 19 May 2012

Susu Ilham

Alhamdulillah..

Setelah hampir 6 bulan menjadi pelanggan Susu Ilham, saya kini ingin berkongsi kebaikan susu yang diproses secara Islam ini dengan anda semua melalui blog ini.

Apakah itu Susu Ilham?

"Susu yang dirumus istimewa dengan kaedah pengilangan secara islamik dan menitik beratkan aspek kebersihan dan halal. Diperkaya dengan khasiat badam, kurma dan kismis yang membantu pembesaran kanak-kanak dengan lebih sempurna. Dilengkapkan juga dengan Terapi 30 Juzuk Al-Quran untuk perkembangan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani" - dari  lama web rasmi Susu Ilham http://ilham4u.com/v1/

Mengapa saya tertarik dengan Susu Ilham?
Saya telah menyusukan putera sulung saya dengan susu ibu sepenuhnya (walaupun bukan eksklusif) sehingga beliau berusia hampir setahun. Atas kurangnya kesungguhan untuk menyediakan bekalan susu ibu yang secukupnya, saya telah mula memberi susu formula kepada anak saya ketika saya diarahkan bertugas di luar kawasan selama lebih dari seminggu. Bermula detik itulah anak saya mula campur susu formula di siang hari ketika di nursery kerana bekalan EBM (expressed breast milk) tidak mencukupi. Dan setelah berusia setahun, beliau minum susu formula sepenuhnya di nursery (kadang2 aja ada stock EBM) dan teruskan susu ibu ketika di rumah dan hari cuti. Anak saya berhenti susu ibu ketika berusia 2 tahun 4 bulan.

Apabila mula mengambil susu formula, pastinya ibu bapa akan cuba mencari susu formula yang terbaik untuk anak-anak bersesuaian dengan kedudukan kewangan keluarga. Begitu juga bagi kami. Alhamdulillah anak kami tak memilih susu. Apa saja boleh. Kami bertekad untuk tidak memberikan susu termahal di pasaran dan memilih jenama yang juga agak baik setelah membuat beberapa perbandingan kandungan nutrisi dan bersesuaian dengan $$$$ kami. 

Setelah hampir setahun menggunakan jenama susu formula tersebut, ibu saya mencadangkan agar saya cari maklumat lanjut berkenaan Susu Ilham setelah beliau menonton promo Susu Ilham di televisyen. Apa lagi Mr. Google la yang membawa saya ke laman web rasmi Susu Ilham http://ilham4u.com/v1/ dan saya juga membaca blog2 dan testimonial pengguna-pengguna susu ini.

Sebagai seorang muslim, saya rasa produk ini amat bersesuaian dengan matlamat saya dan suami untuk cuba sebaik mungkin untuk mendidik anak menjadi khalifah yang cemerlang dunia akhirat. Saya percaya ibubapa muslim yang lain juga berhajatkan yang sama kan? Atas kesedaran itu, ditambah pula dengan khasiat tambahan Susu Ilham ini, saya dan suami tidak lagi berganjak dengan keputusan kami untuk memberi Susu Ilham kepada anak kami. Priority pastinya seboleh-bolehnya cuba untuk menyusukan anak-anak sepenuhnya dengan susu ibu sehingga berusia 2 tahun dan kemudian diteruskan dengan Susu Ilham sebagai suplemen harian setelah bercerai susu.

Susu ini bukan sahaja untuk bayi, juga untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Ia kini dijadikan susu utama keluarga saya. Semasa kami kecil, ibu saya mewajibkan kami adik-beradik minum susu setiap kali sarapan pagi tak kira susu putih, ditambah milo atau holicks. Amalan ini berterusan sampai kini sehingga teh tarik pun mak saya tambah susu tepung. At first husband saya juga pelik dengan amalan keluarga kami tapi itulah amalan turun temurun kami. Breakfast mesti ada satu teko air "O" dan satu teko air berasaskan susu tepung (milo/kopi/teh). Saya akan teruskan tradisi ini untuk keluarga saya dan pastinya tiada lain kini hanya dengan Susu Ilham. Insyaallah..

Just a little sharing for my family and the society. Ya benar, bukan susu ini saja yang menentukan baik buruknya hidup anak-anak kita. Didikan ibubapa dan dengan diiringi doa, tawakal dan usaha, semoga setidak-tidaknya anak-anak nanti akan terdorong untuk terus berada di landasan redhaNya. Amin..

Jika berminat, silalah ke laman web rasmi Susu Ilham http://ilham4u.com/v1/ untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai Susu Ilham dan hubungi saya di susuilhamku@gmail.com untuk sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan. Semoga berjumpa di entry seterusnya...