Thursday 14 June 2012

Soal Jawab Susu Ilham (Q&A)

Susu Ilham masih baru di pasaran, memang ramai yang belum yakin dengan khasiat susu ini dan keberkesanannya untuk pertumbuhan anak-anak. Oleh itu, saya nak share sikit soalan2 lazim berkenaan susu Ilham ni. Jawapan adalah dari sumber rasmi Q&A Susu Ilham dan laman web Susu Ilham. Mana2 ayat yang italic tu adalah qoute dari sumber rasmi yang lain2 saya rephrase ikut bahasa sendiri ;-)

Boleh ke ibu mengandung dan orang dewasa minum Susu Ilham?
Susu Ilham ni sama seperti susu biasa cuma kelebihannya dari segi terapi ayat Al-Quran dan dilengkapi dengan khasiat tambahan kurma, kismis, badam, ginko dan maca (bagi Susu Ilham 4+). Jadi ia boleh diminum oleh sesiapa sahaja, tua dan muda. Cuma bagi kanak-kanak, dibezakan jenisnya kerana komposisi nutrisinya yang berbeza. Orang dewasa ambil 4+ ye..."Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil"...Insyaallah.


Bayangkanlah apa yang masuk ke dalam badan kita dan ke janin yang dikandung itu adalah susu yang telah disertakan bacaan ayat Al-Quran. Alangkah baiknya.

Boleh tak Susu Ilham diberi kepada bayi di bawah setahun? 
Bagi tujuan iklan sebagaimana disarankan Kementerian Kesihatan, Susu Ilham dilabel sebagai 1-3 tahun dan 4+, tetapi jika anak sudah mencecah umur 6 bulan dan mula makan makanan pejal, dah boleh cuba perkenalkan Susu Ilham. Bijirin dan biskut bayi juga boleh dibancuh dengan susu ilham 1-3. 


Boleh tak Susu Ilham menyebabkan sembelit atau Susu Ilham boleh kurangkan sembelit?
Disebabkan salah satu kandungan Susu Ilham adalah kurma, ia dapat bantu lawas dan kurangkan sembelit. Spesis kurma dan prune mmg bantu lawas. Memang efektif untuk saya la setakat ni. 


Latarbelakang syarikat dan pemprosesan susu. Macam mana disertakan ayat Al-Quran?
Syarikat Ebunda Entreprise adalah syarikat 100% Bumiputera dan diuruskan oleh Muslim. Produk Susu Ilham mendapat pengiktiran IMP dan pekerja semua muslim. Ayat Al-Quran ditulis dengan tinta safron dan dicampur dengan susu. Barisan Hafiz dan Hafizah serta pekerja di kilang membaca ayat Al-Quran sepanjang proses penyediaan susu dan laungan ayat2 suci sentiasa berkumandang di kilang sehingga proses packaging selesai. Pekerja juga dalam keadaan berwuduk ketika proses dijalankan.


Bolehkah Susu Ilham diberikan kepada anak yang mengalami enzema dan G6PD? 
Susu Ilham berasaskan susu lembu dengan tambahan kurma, kismis, badam (1-3), ginko biloba dan maca (4+) yang baik untuk perkembangan tubuh dan minda. Penerimaan bagi bayi enzema atau G6PD tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Namun ada dikalangan pelanggan berkongsi pengalaman bahawa anaknya yang mengalami enzema dengan izin Allah tiada masalah meminum Susu Ilham. Memang x boleh dibuktikan secara saintifik tapi secara logiknya kan susu ini disediakan dengan cara bersih oleh umat Islam dan diperhebat dengan ayat-ayat Al-Quran, jadi tidak mustahil kesannya berbeza dari susu-susu lain di pasaran.  


Kenapa harga Susu Ilham ni agak mahal jika dibandingkan susu lain di pasaran? Tak boleh kurang harga lagi ke?
Disebabkan susu ini disertakan zat tambahan yang mana harga pasaran bahan-bahan tersebut juga agak tinggi, harga Susu Ilham adalah berpatutan. Jangan dibandingkan jumlah beratnya dan harganya sahaja. Sesuatu yang berkualiti itu pasti harga kosnya juga tinggi. Semoga dengan niat kita yang ikhlas memberi susu yang baik untuk anak kita, Return of Investment (RoI) nya berlipat kali ganda. Bukan saja dari segi lahiriah tapi kesan perkembangan anak yang baik dari segi pembentukan akhlak Insyaallah akan jadi bekalan di akhirat kelak.


Harga pasaran adalah RM48.90 dan Susu Ilham ada dijual di beberapa pasaraya Mydin. Untuk lebih ekonomi, boleh hubungi pengedar kerana pada kebiasaannya mereka dapat menawarkan harga yang lebih berpatutan bagi pelanggan mereka terutamanya jika beli banyak. Blog Susu Ilhamku juga begitu. Senarai harga ada di sidebar kiri blog ini. Di HQ, Jalan Reko, Kajang, pelanggan juga diberi harga lebih berpatutan jika beli 5 kotak dan ke atas. Saya amalkan konsep yang sama untuk pembelian melalui blog ini. Kat bawah ni saya share pasaraya yang ada jual Susu Ilham:


PASARAYA MYDIN: 
  • Putrajaya, Mydin Bazaar 
  • Subang, Mydin Mall USJ 
  • Selayang, Mydin Whosale Emporium 
  • Shah Alam, Mydin Mart Seksyen 18 
  • Seremban, Mydin Terminal 2 Hypermarket 
  • Melaka Central, Mydin Melaka Bazaar 
  • Ayer Keroh, Melaka Hypermarket 
  • Penang, Bukit Jambul Hypermarket 
  • Alor Setar, Tmn Saga Hypermarket 
  • Kuala Terengganu, KTH Hypermarket 
  • Kota Bharu, Kubang Kerian Hypermarket 
  • Johor Bahru, Mydin Bazaar Anjung Nusajaya 
  • Kulai, Kulai Utama Hypermarket 
Stop dulu untuk kali ini. Insyaallah saya akan sambung Q&A siri 2 untuk lebih soalan dan jawapan. 

No comments:

Post a Comment