Thursday 26 July 2012

Susu Ilham di Bulan Ramadhan

Salam Jumaat semua,

Syukur Alhamdulillah. Makin ramai dah mula kenal Susu Ilham. Bulan puasa pun stock makin susut banyak. Saya akan restock Susu Ilham esok so siapa2 rasa nak standby order lebih dari biasa pm or sms saya by today k. Ramai standby stock nk cuti raya so nak bajet2 order untuk esok. Saya last di KL hari Khamis before raya so call saya untuk delivery before jumaat. Last delivery khamis lepas tarawih. 

Salam Ramadhan buat semua.

Sunday 24 June 2012

Susu Ilham di Metro Ahad, 24 June 2012

Tibe2 hari ni ramai yang call, then one of the callers bagitau SI ada masuk Metro Ahad. Padanlan hangat semacam hari ni. Alhamdulillah, next week kene restock lagi la nampaknya. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Saya dah mula kasik harga paling minimum pada regular customers yang dah beli banyak dengan saya. 

Mari layan keratan akhbar berkenaan SI di Metro Ahad.



Thursday 14 June 2012

Soal Jawab Susu Ilham (Q&A)

Susu Ilham masih baru di pasaran, memang ramai yang belum yakin dengan khasiat susu ini dan keberkesanannya untuk pertumbuhan anak-anak. Oleh itu, saya nak share sikit soalan2 lazim berkenaan susu Ilham ni. Jawapan adalah dari sumber rasmi Q&A Susu Ilham dan laman web Susu Ilham. Mana2 ayat yang italic tu adalah qoute dari sumber rasmi yang lain2 saya rephrase ikut bahasa sendiri ;-)

Boleh ke ibu mengandung dan orang dewasa minum Susu Ilham?
Susu Ilham ni sama seperti susu biasa cuma kelebihannya dari segi terapi ayat Al-Quran dan dilengkapi dengan khasiat tambahan kurma, kismis, badam, ginko dan maca (bagi Susu Ilham 4+). Jadi ia boleh diminum oleh sesiapa sahaja, tua dan muda. Cuma bagi kanak-kanak, dibezakan jenisnya kerana komposisi nutrisinya yang berbeza. Orang dewasa ambil 4+ ye..."Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil"...Insyaallah.


Bayangkanlah apa yang masuk ke dalam badan kita dan ke janin yang dikandung itu adalah susu yang telah disertakan bacaan ayat Al-Quran. Alangkah baiknya.

Boleh tak Susu Ilham diberi kepada bayi di bawah setahun? 
Bagi tujuan iklan sebagaimana disarankan Kementerian Kesihatan, Susu Ilham dilabel sebagai 1-3 tahun dan 4+, tetapi jika anak sudah mencecah umur 6 bulan dan mula makan makanan pejal, dah boleh cuba perkenalkan Susu Ilham. Bijirin dan biskut bayi juga boleh dibancuh dengan susu ilham 1-3. 


Boleh tak Susu Ilham menyebabkan sembelit atau Susu Ilham boleh kurangkan sembelit?
Disebabkan salah satu kandungan Susu Ilham adalah kurma, ia dapat bantu lawas dan kurangkan sembelit. Spesis kurma dan prune mmg bantu lawas. Memang efektif untuk saya la setakat ni. 


Latarbelakang syarikat dan pemprosesan susu. Macam mana disertakan ayat Al-Quran?
Syarikat Ebunda Entreprise adalah syarikat 100% Bumiputera dan diuruskan oleh Muslim. Produk Susu Ilham mendapat pengiktiran IMP dan pekerja semua muslim. Ayat Al-Quran ditulis dengan tinta safron dan dicampur dengan susu. Barisan Hafiz dan Hafizah serta pekerja di kilang membaca ayat Al-Quran sepanjang proses penyediaan susu dan laungan ayat2 suci sentiasa berkumandang di kilang sehingga proses packaging selesai. Pekerja juga dalam keadaan berwuduk ketika proses dijalankan.


Bolehkah Susu Ilham diberikan kepada anak yang mengalami enzema dan G6PD? 
Susu Ilham berasaskan susu lembu dengan tambahan kurma, kismis, badam (1-3), ginko biloba dan maca (4+) yang baik untuk perkembangan tubuh dan minda. Penerimaan bagi bayi enzema atau G6PD tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Namun ada dikalangan pelanggan berkongsi pengalaman bahawa anaknya yang mengalami enzema dengan izin Allah tiada masalah meminum Susu Ilham. Memang x boleh dibuktikan secara saintifik tapi secara logiknya kan susu ini disediakan dengan cara bersih oleh umat Islam dan diperhebat dengan ayat-ayat Al-Quran, jadi tidak mustahil kesannya berbeza dari susu-susu lain di pasaran.  


Kenapa harga Susu Ilham ni agak mahal jika dibandingkan susu lain di pasaran? Tak boleh kurang harga lagi ke?
Disebabkan susu ini disertakan zat tambahan yang mana harga pasaran bahan-bahan tersebut juga agak tinggi, harga Susu Ilham adalah berpatutan. Jangan dibandingkan jumlah beratnya dan harganya sahaja. Sesuatu yang berkualiti itu pasti harga kosnya juga tinggi. Semoga dengan niat kita yang ikhlas memberi susu yang baik untuk anak kita, Return of Investment (RoI) nya berlipat kali ganda. Bukan saja dari segi lahiriah tapi kesan perkembangan anak yang baik dari segi pembentukan akhlak Insyaallah akan jadi bekalan di akhirat kelak.


Harga pasaran adalah RM48.90 dan Susu Ilham ada dijual di beberapa pasaraya Mydin. Untuk lebih ekonomi, boleh hubungi pengedar kerana pada kebiasaannya mereka dapat menawarkan harga yang lebih berpatutan bagi pelanggan mereka terutamanya jika beli banyak. Blog Susu Ilhamku juga begitu. Senarai harga ada di sidebar kiri blog ini. Di HQ, Jalan Reko, Kajang, pelanggan juga diberi harga lebih berpatutan jika beli 5 kotak dan ke atas. Saya amalkan konsep yang sama untuk pembelian melalui blog ini. Kat bawah ni saya share pasaraya yang ada jual Susu Ilham:


PASARAYA MYDIN: 
  • Putrajaya, Mydin Bazaar 
  • Subang, Mydin Mall USJ 
  • Selayang, Mydin Whosale Emporium 
  • Shah Alam, Mydin Mart Seksyen 18 
  • Seremban, Mydin Terminal 2 Hypermarket 
  • Melaka Central, Mydin Melaka Bazaar 
  • Ayer Keroh, Melaka Hypermarket 
  • Penang, Bukit Jambul Hypermarket 
  • Alor Setar, Tmn Saga Hypermarket 
  • Kuala Terengganu, KTH Hypermarket 
  • Kota Bharu, Kubang Kerian Hypermarket 
  • Johor Bahru, Mydin Bazaar Anjung Nusajaya 
  • Kulai, Kulai Utama Hypermarket 
Stop dulu untuk kali ini. Insyaallah saya akan sambung Q&A siri 2 untuk lebih soalan dan jawapan. 

Sunday 3 June 2012

Alhamdulillah..terima kasih atas sokongan anda..

Salam semua,

Alhamdulillah sambutan Susu Ilham melalui susuilhamku.blogspot amat menggalakkan sampai saya kene restock last week. Pada yang masih belum mencuba, sila2 email saya di susuilhamku@gmail.com  if nak dapatkan maklumat lanjut.

Saya faham bukan mudah kita nak percaya pada produk baru. Tapi bila fikirkan anak semakin membesar, sehari demi sehari kita melepaskan peluang untuk memberi sesuatu yang baik buat mereka, alangkah ruginya.. Kalau saya tahu lebih awal, saya juga tak nak lepaskan peluang untuk  memberi Susu Ilham kepada anak saya selepas dia berhenti susu ibu dahulu. Tapi tak pe, never too late kan?? Kini anak saya minum Susu Ilham sepenuhnya. Mungkin rezeki bakal adik-adiknya nanti jua untuk saya berikan hanya Susu Ilham setelah mereka berhenti susu ibu.

Yang penting, setelah saya kenal Susu Ilham, saya tak tukar2 susu lagi dan teruskan hanya dengan Susu Ilham. Bukan anak saja malahan saya suami isteri, adik2 yang masih bersekolah dan ibu bapa saya juga now ambil Susu Ilham. Semoga niat kita yang baik tu diberkati Allah. Lagipun x rugi kita jadi pelanggan tetap kepada syarikat 100% muslim bumiputera. Pekerja-pekerja di kilang yang memproses Susu Ilham dengan bacaan2 ayat Al-Quran jua 100% muslim. Kagum juga saya baca pasal proses pembuatan Susu Ilham dengan cara Islam ini. Nanti saya akan share Q&A lebih lanjut pasal Susu Ilham ini termasuk cara proses itu. *maklumat adalah dari sumber rasmi Susu Ilham..

Terima kasih jua pada kawan2 rapat di KL dan JB. Ada yang beli banyak sekaligus, termasuk sorang teman yang tengah pregnant. Katanya nak minum Susu Ilham time pregnant ini selain nak start bagi Susu Ilham pada anak sulungnya sebagai persediaan nanti nak dapat adik. Alhamdulillah dibuka hatinya untuk cuba memberi yang baik kepada keluarganya. Semoga kita jua sama2 sentiasa dibukakan hati olehNya untuk ke arah kebaikan. Bukan saja dari segi memberi pemakanan yang baik halal dan suci kepada keluarga tetapi untuk lain2 aspek kehidupan jua..Insyaallah..

Saturday 19 May 2012

Susu Ilham

Alhamdulillah..

Setelah hampir 6 bulan menjadi pelanggan Susu Ilham, saya kini ingin berkongsi kebaikan susu yang diproses secara Islam ini dengan anda semua melalui blog ini.

Apakah itu Susu Ilham?

"Susu yang dirumus istimewa dengan kaedah pengilangan secara islamik dan menitik beratkan aspek kebersihan dan halal. Diperkaya dengan khasiat badam, kurma dan kismis yang membantu pembesaran kanak-kanak dengan lebih sempurna. Dilengkapkan juga dengan Terapi 30 Juzuk Al-Quran untuk perkembangan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani" - dari  lama web rasmi Susu Ilham http://ilham4u.com/v1/

Mengapa saya tertarik dengan Susu Ilham?
Saya telah menyusukan putera sulung saya dengan susu ibu sepenuhnya (walaupun bukan eksklusif) sehingga beliau berusia hampir setahun. Atas kurangnya kesungguhan untuk menyediakan bekalan susu ibu yang secukupnya, saya telah mula memberi susu formula kepada anak saya ketika saya diarahkan bertugas di luar kawasan selama lebih dari seminggu. Bermula detik itulah anak saya mula campur susu formula di siang hari ketika di nursery kerana bekalan EBM (expressed breast milk) tidak mencukupi. Dan setelah berusia setahun, beliau minum susu formula sepenuhnya di nursery (kadang2 aja ada stock EBM) dan teruskan susu ibu ketika di rumah dan hari cuti. Anak saya berhenti susu ibu ketika berusia 2 tahun 4 bulan.

Apabila mula mengambil susu formula, pastinya ibu bapa akan cuba mencari susu formula yang terbaik untuk anak-anak bersesuaian dengan kedudukan kewangan keluarga. Begitu juga bagi kami. Alhamdulillah anak kami tak memilih susu. Apa saja boleh. Kami bertekad untuk tidak memberikan susu termahal di pasaran dan memilih jenama yang juga agak baik setelah membuat beberapa perbandingan kandungan nutrisi dan bersesuaian dengan $$$$ kami. 

Setelah hampir setahun menggunakan jenama susu formula tersebut, ibu saya mencadangkan agar saya cari maklumat lanjut berkenaan Susu Ilham setelah beliau menonton promo Susu Ilham di televisyen. Apa lagi Mr. Google la yang membawa saya ke laman web rasmi Susu Ilham http://ilham4u.com/v1/ dan saya juga membaca blog2 dan testimonial pengguna-pengguna susu ini.

Sebagai seorang muslim, saya rasa produk ini amat bersesuaian dengan matlamat saya dan suami untuk cuba sebaik mungkin untuk mendidik anak menjadi khalifah yang cemerlang dunia akhirat. Saya percaya ibubapa muslim yang lain juga berhajatkan yang sama kan? Atas kesedaran itu, ditambah pula dengan khasiat tambahan Susu Ilham ini, saya dan suami tidak lagi berganjak dengan keputusan kami untuk memberi Susu Ilham kepada anak kami. Priority pastinya seboleh-bolehnya cuba untuk menyusukan anak-anak sepenuhnya dengan susu ibu sehingga berusia 2 tahun dan kemudian diteruskan dengan Susu Ilham sebagai suplemen harian setelah bercerai susu.

Susu ini bukan sahaja untuk bayi, juga untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Ia kini dijadikan susu utama keluarga saya. Semasa kami kecil, ibu saya mewajibkan kami adik-beradik minum susu setiap kali sarapan pagi tak kira susu putih, ditambah milo atau holicks. Amalan ini berterusan sampai kini sehingga teh tarik pun mak saya tambah susu tepung. At first husband saya juga pelik dengan amalan keluarga kami tapi itulah amalan turun temurun kami. Breakfast mesti ada satu teko air "O" dan satu teko air berasaskan susu tepung (milo/kopi/teh). Saya akan teruskan tradisi ini untuk keluarga saya dan pastinya tiada lain kini hanya dengan Susu Ilham. Insyaallah..

Just a little sharing for my family and the society. Ya benar, bukan susu ini saja yang menentukan baik buruknya hidup anak-anak kita. Didikan ibubapa dan dengan diiringi doa, tawakal dan usaha, semoga setidak-tidaknya anak-anak nanti akan terdorong untuk terus berada di landasan redhaNya. Amin..

Jika berminat, silalah ke laman web rasmi Susu Ilham http://ilham4u.com/v1/ untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai Susu Ilham dan hubungi saya di susuilhamku@gmail.com untuk sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan. Semoga berjumpa di entry seterusnya...